suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'BN Johor Masih Berkuasa'

Md Jais Sarday.

JOHOR BARU: Keahlian Umno Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh dibatalkan susulan pengumuman beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday bagaimanapun menafi dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pengumuman Dr Shahruddin.

"Beliau (Dr Shahruddin) hilang keahliannya ketika (beliau) diumumkan akan menyertai Pribumi.

"Barisan masih menguasai DUN (Johor).

"Tindakan Dr Shahruddin menyertai Pribumi tidak menjejaskan majoriti pemerintahan di sini," katanya ketika dihubungi The Star pada Jumaat.

Md Jais berkata terdapat 56 kerusi DUN Johor di mana Barisan menguasai 37 kerusi manakala pembangkang hanya 18 kerusi.

Beliau menegaskan tindakan Dr Shahruddin menyertai Pribumi menyebabkan Barisan menguasai 36 kerusi manakala Pakatan 18 kerusi.

PPBM pula mempunyai satu kerusi.

"Ini menunjukkan Barisan masih menguasai majoriti dua pertiga DUN Johor kerana kami mempunyai 36 kerusi yang lebih daripada mencukupi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain