Pegawai Menteri Australia Antara Sembilan Ditahan Separuh Bogel - Semasa | mStar

Pegawai Menteri Australia Antara Sembilan Ditahan Separuh Bogel

PETALING JAYA: Seorang daripada sembilan warga Australia yang ditahan pada Ahad dalam keadaan separuh bogel dengan memakai seluar dalam Jalur Gemilang adalah penasihat kepada anggota Kabinet negara itu.

The Sydney Morning Herald berkata, Jack Walker adalah penasihat dasar kepada Menteri Industri Pertahanan, Christopher Pyne.

Walker dilaporkan bekerja dengan Pyne sejak tiga tahun lalu.

"Hal ini kini dikendalikan Pesuruhjaya Tinggi Australia.

"Sehingga kini ada gambaran sebenar kejadian itu, adalah tidak wajar untuk memberi sebarang ulasan mengenainya," kata jurucakap menteri berkenaan kepada Herald.

The Herald juga melaporkan, lelaki berusia antara 25 dan 29 tahun itu meraikan kejayaan Daniel Ricciardo di perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia di Sepang.

Kumpulan itu ditahan pada pukul 5 petang pada Ahad dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sepang , F1 , Jack Walker

Artikel Berikut

Aziz Tapa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan