suria

Dua Bom Asap Ditemui Di Tepi PPR

PETALING JAYA: Polis menjumpai dua bom asap di sebuah projek perumahan dekat sini petang Selasa.

Anggota polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Projek Perumahan Rakyat Air Panas (PPR) kira-kira pukul 3.30 petang sebelum ternampak objek mencurigakan dibalut dalam beg plastik putih berhampiran bilik pelupusan sampah.

Hasil pemeriksaan, anggota polis tersebut menjumpai dua bom asap.

Mereka kemudiannya memaklumkan penemuan objek tersebut dan meminta bantuan sokongan ke kawasan kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata pasukan forensik dan Unit Pemusnah Bom tiba di lokasi tidak lama kemudian dan siasatan menunjukkan bahan letupan itu daripada jenis yang sama digunakan pihak berkuasa tersebut.

Katanya, siasatan tidak menolak kemungkinan bom tangan itu adalah jenis sama yang digunakan angkatan tentera dan polis percaya bahan letupan itu dikilangkan di sebuah kilang di Batu Arang.

"Tujuh cap jari dikesan daripada dua bahan letupan itu," kata Ammar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8  Akta Bahan Letupan 1957.

bom asap, PPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain