suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau Berehat Di Bawah Rumah Peneroka Di Jerantut

Gambar Hiasan

KUANTAN: Penduduk Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut dekat sini, Isnin, 'menerima' kunjungan tetamu tidak diundang iaitu seekor harimau yang menjadikan bawah rumah seorang peneroka sebagai kawasan untuk berehat.

Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran harimau daripada spesies harimau dahan pada pukul 10.45 pagi.

Beliau menambah anggota Perhilitan kemudiannya memasang jaring di sekitar bahagian rumah penduduk itu untuk mengelakkan harimau berkenaan daripada melarikan diri. 

"Pembantu doktor veterinar kemudiannya menembak ubat bius ke arah harimau berkenaan sebelum mengambil maklumat seperti jantina dan ukuran badan. Harimau itu disahkan tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Mohd Zaide menambah harimau itu akan dilepaskan di rizab hidupan liar di Jenderak, Kuala Krau. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain