suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Penceramah IKIM Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani yang meninggal dunia di Guangzhou, China pada 27 September lepas akibat serangan jantung selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Bt Muda, Gombak di sini, Ahad.

Jenazah Syed Mohd Fadzli, 49, dikebumikan pada pukul 10.50 pagi selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Mohamad Abdul Rahman, 20, di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Ratusan orang hadir di Tanah Perkuburan Islam itu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada penceramah mingguan di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Terdahulu, jenazah Syed Mohd Fadzli tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Guangzhou, China kira-kira pukul 12.10 tengah malam Ahad.

Anak keduanya, Mohd Haidar, 18, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis pengebumian jenazah bapanya itu.

"Alhamdulilah semua berjalan lancar dan terima kasih kepada semua yang membantu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Allahyarham meninggalkan empat isteri dan 17 orang anak masing-masing berusia antara dua bulan hingga 20 tahun.

Sementara itu, adik iparnya Mohd Suhai Abdul Hamid, 34, menyifatkan pemergian Allahyarham Syed Mohd Fadzli merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat.

"Meskipun sakit batu karang tetapi Allahyarham cuba gagahkan diri untuk memberi ceramah dan berdakwah, ini menunjukkan beliau seorang yang hebat," katanya.

Mohd Suhai berkata kali terakhir beliau bertemu abang iparnya itu ialah pada Aidiladha lepas.

"Allahyarham tidak banyak bercakap sebaliknya ada mengajak kami semua untuk bercuti di Melaka. Semua orang senang dengan peribadi dan perwatakan Allahyarham," katanya. - BERNAMA

penceramah IKIM, meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain