suria

Persempadanan Semula Bukan Untuk Beri Kelebihan - Annuar

KUALA LUMPUR: Cadangan persempadanan semula olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat atas faktor tertentu dan bukan untuk memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan pengalaman lalu, SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya disebabkan faktor yang telah diambil kira termasuk geopolitik, komposisi kaum dan lain-lain hal pentadbiran.

Malah, katanya, semua parti politik termasuk Umno boleh mengemukakan bantahan terhadap cadangan berkenaan.

"Oleh itu, apa-apa yang memberi kelebihan kepada Umno mungkin "secara kebetulan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Umno, Jumaat.

Beliau berkata menilai persempadanan semula sama ada memberi keuntungan atau kerugian kepada sesetengah parti politik adalah prejudis kerana undi di satu-satu kawasan dipengaruhi oleh sikap pengundi, calon dan lain-lain.

Katanya setiap parti politik dan individu mempunyai pandangan tersendiri dan SPR perlu mengambil kira pandangan berkenaan.

"Kami telah memutuskan bahawa semua ketua perhubungan negeri menyelaras dan mengemukakan pandangan berhubung cadangan SPR itu.

Sebagai parti politik, kamidibenarkan di bawah undang-undang untuk memberi pandangan," katanya.

Mengulas mengenai cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik hari ini, Annuar berkata telah tiba masanya akta tersebut digubal.

Menurutnya, ia bagi memastikan dana yang diterima oleh parti politik datangdari saluran sah dan tidak mendatangkan keraguan pada mana-mana pihak.

Katanya sumbangan dari luar boleh dibenarkan asalkan ia datang dari sumber sah dan tidak memudaratkan dan oleh itu, semua pihak termasuk pembangkang perlu menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ia diluluskan nanti.

"Jika sumber itu tidak terkawal ia mungkin boleh menyebabkan urusan dalaman politik boleh diganggu dan ia tidak boleh dibenarkan, tetapi jika ia datang dari sumber yang sah bagi saya secara peribadi, ia boleh dicadangkan," katanya. -Bernama

Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain