suria

Perbicaraan Kes Rasuah Guan Eng Bermula

Guan Eng tiba di Mahkamah Tinggi, George Town pada pagi Jumaat.

GEORGE TOWN: Pengurusan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9 pagi Jumaat.

Sebutan pertama kes itu selepas beliau didakwa pada akhir bulan Jun lalu menarik perhatian penyokong dan juga pengkritiknya.

Pada pukul 8.45 pagi, orang ramai berkumpul di luar perkarangan mahkamah sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan yang menyokong dan mengkritik Guan Eng.

Anggota polis terpaksa mengawal luar perkarangan mahkamah untuk menenangkan orang ramai.

Ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa bersubahat dengan Guan Eng tiba kira-kira pukul 8.30 pagi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.14 pagi ditemani isterinya, Betty Chew.

Beliau didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran. 


Lim Guan Eng, kes rasuah, banglo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain