suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azharuddin Dipilih Presiden Perhimpunan Agung Ke-39 ICAO

Azharuddin Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapat penghormatan apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung Ke-39 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini merupakan bukti signifikan terhadap hubungan kukuh Malaysia dengan negara-negara dan rakan-rakan yang menganggotai pertubuhan itu di seluruh dunia.

"Sesungguhnya, kami amat gembira kerana sokongan aktif dan penyertaan kami dalam ICAO menerima pengiktirafan.

"Selain itu, saya berpeluang berucap pada Perhimpunan Agung berhubung masa depan penerbangan awam global," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Liow juga menekankan tentang pentingnya peranan ICAO dalam memastikan keselamatan, kecekapan dan kemampanan dalam sektor ini sambil mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong pelbagai inisiatif ICAO ke arah matlamat ini," kata beliau.

Beliau berkata Malaysia telah mengemukakan pencalonan bagi pemilihan semula dalam Majlis ICAO dan berharap dapat terus memainkan peranan penting dan aktif dalam pertubuhan antarabangsa yang penting ini. - BERNAMA 


ICAO, Azharuddin Abdul Rahman, DCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain