suria

NCC2 Perlu Diwujudkan Di Bawah Majlis Raja-Raja: Nazir Razak

Nazir bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai melihat buku Moderation yang dilancarkan di Menara Star pada Khamis. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata Majlis Perundingan Negara (NCC) atau NCC2, yang menjadi platform untuk penyatuan, perlu ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja.

"Tubuhkan dengan mendapat sokongan daripada kerajaan, parti politik, masyarakat sivil, ahli akademik, pemimpin agama dan ahli perniagaan," katanya ketika melancarkan buku The Star mengenai 'Kesederhanaan', yang mengandungi koleksi 28 esei mengenai pelbagai pandangan tentang konsep kesederhanaan di Malaysia, di Menara Star di sini, Khamis.

NCC pertama telah ditubuhkan pada 1970 selepas rusuhan pada 1969.

Nazir berkata terdapat keperluan "untuk membincangkan secara sederhana, secara tertutup, pelbagai isu sensitif bermula dari sistem pendidikan kita, tindakan afirmatif, peranan agama dalam kehidupan nasional, integriti persekutuan, isu-isu rasuah dan persaingan politik, serta membina semula kepercayaan terhadap institusi negara,".

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mempersoalkan sama ada kebanyakan sistem yang direka pada 1970 masih berfungsi dengan baik.

"Malah jurutera sistem berkenaan berpendapat kita memerlukan usaha baik pulih pada 1990. Dalam tambahan tempoh 26 tahun itu, seluruh dunia telahpun  berubah dengan pesatnya," katanya.

Menyentuh mengenai kesederhanaan, Nazir berkata Malaysia negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama serta sistem parti politik yang berasaskan kaum, beliau berkata :" masa depan kita sentiasa akan bergantung kepada bagaimana kita mengamalkan kesederhanaan apabila kita terlibat dalam isu-isu dan menguruskan polariti".

Ditanya mengenai buku itu, beliau berkata: "Saya berpendapat buku berkenaan meliputi sub teks terhadap kesederhanaan - melihat dengan jelas, mendengar dengan fikiran terbuka dan bercakap dengan perkataan yang baik - adalah definisi yang sangat baik untuk amalan kesederhanaan.

"Kita perlu melaksanakan kempen melalui definisi ini, demi untuk menggalakkan semua Rakyat Malaysia mengamalkan sifat yang mudah, namun sebenarnya amat berkesan," katanya.

Beliau juga mengulas mengenai kumpulan yang menggelarkan diri mengamalkan kesederhanaan, tetapi berfikiran tertutup mengenai isu-isu yang mereka berselisihan berdapat.

"Kita perlu menjelaskan bahawa dengan mempunyai kawan dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak menyokong ISIS, tidak semestinya menjadikan anda seorang yang sederhana. Sebenarnya, tingkah laku anda yang menentukannya," katanya. 

NCC, NCC2, Nazir Razak, Moderation

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain