Persempadanan Belum Muktamad, SPR Terbuka Terima Bantahan

Abdul Ghani Salleh

PETALING JAYA: Kritikan dan bantahan yang dikemukan berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya akan melalui beberapa proses sebelum cadangannya dimuktamadkan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya terbuka dan masih menunggu bantahan daripada semua pihak yang terlibat.

"Jika wujud rasa tidak puas hati berhubung cadangan ini, kemukakan bantahan. Semua pihak sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pengundi berhak untuk menyuarakan bantahan.

"Sebab itu kita adakan pameran fasa pertama ini. Kita beri peluang kepada semua pihak untuk kemukakan pandangan kerana ia sebahagian daripada proses yang mengikut undang-undang," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas reaksi negatif parti-parti politik termasuk BN berhubung cadangan berkenaan.

Tambah Abdul Ghani, selepas proses bantahan bertulis berakhir pada 14 Oktober depan, SPR akan bersemuka dengan pihak yang terlibat bagi mendengar  kebimbangan yang dibangkitkan semua pihak.

"Saya jangkakan kita memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk meneliti semua bantahan awal itu. Selepas itu SPR akan turun padang ke seluruh negara menemui tiga pihak yang terlibat iaitu kerajaan negeri, PBT dan 100  pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya.

"Tiga pihak ini mempunyai hak mengikut undang-undang untuk membuat bantahan. Kita akan dengar setiap kebimbangan mereka.

"Selepas proses itu selesai, SPR akan membuat pameran cadangan fasa kedua dan semakan boleh dibuat bagi mengetahui sama ada bantahan mereka sebelum ini diterima atau tidak," katanya.

Selain itu,  menurut Abdul Ghani, beliau berharap semua pihak dapat turut sama terlibat dalam proses berkenaan mengikut saluran yang ditetapkan.

"Semuanya belum muktamad, jika ada rasa tak puas hati, sila kemukakan bantahan," tegasnya.

SPR sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.

SPR, Abdul Ghani Salleh

Artikel Sebelum

Siti Safura Ikrar Bantu Golongan Senasib

Artikel Berikut

Mayat Ditemui Tergantung Di Pokok

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain