suria

KPT Tubuh Jawatankuasa Siasat Tragedi Go-Kart

Dua beranak maut dirempuh kenderaan jenis 'Go Kart' yang hilang kawalan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Kompleks Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), Ahad. - fotoBERNAMA

KUANTAN: Kementerian Pendidikan Tinggi akan menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan khas untuk meneliti kes insiden kenderaan go-kart yang meragut nyawa dua beranak.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata beliau diarahkan oleh Menteri Datuk Seri Idris Jusoh untuk menubuhkan jawatankuasa itu.

"Jawatankuasa itu terdiri daripada penganjur acara dan pegawai kementerian. Tujuannya adalah untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," katanya selepas melawat mangsa yang terselamat, Muhammad Izz Daniel Izwan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini Isnin.

Izwan Isa, 38, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 4, maut akibat dirempuh kenderaan jenis go-kart semasa menonton Perlumbaan Augtomatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini, Ahad.

Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak lelakinya, Muhammad Izz Daniel, 7, turut cedera dalam kemalangan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain