suria

Pendaki Cedera Tali Abseiling Putus Di Gunung Anak Gua Tempurung

GOPENG: Seorang gadis cedera selepas terjatuh dari ketinggian tujuh meter semasa menyertai ekspedisi mendaki di Gunung Anak Gua Tempurung Sahom di sini.

Ketua operasi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Meor Mohamad Ali Meor Hussien berkata, gadis berusia 20-an itu mengalami kecederaan di kaki, muka dan tangan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.50 pagi Ahad.

"Gadis itu jatuh selepas tali yang digunakan untuk turun dari gua itu terputus.

"Kami menjumpai mangsa pada kira-kira pukul 12.55 tengah hari dan meletakkan cervical collar di lehernya sebelum membawa dia keluar menggunakan pengusung," kata Meor Mohamad Ali ketika dihubungi.

Mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan.

Meor Mohamad Ali berkata, gadis itu menyertai ekspedisi ke Gunung Anak Gua Tempurung Sahom bersama tiga yang lain.

"Ketiga-tiga peserta lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Gua Tempurung, Abseiling

Artikel Lain