suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beranak Maut Tonton Go-Kart

KUANTAN: Dua beranak maut manakala beberapa yang lain cedera selepas dirempuh sebuah kereta go-kart ketika perlumbaan sukan bermotor EIMARACE di Jalan Sukpa, di sini, pagi Ahad.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi Ahad,  mangsa Izuan Isa, 30, bersama anak perempuannya berusia empat tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan tersebut yang dikatakan hilang kawalan.

Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh dua beranak tersebut.

Menurut saksi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas cedera parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.

Insiden itu menyebabkan pertandingan bagi kategori 250cc dibatalkan.


maut, go-kart

Artikel Lain