suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Siasat 'Datuk Seri', Ambil Keterangan Kakitangan Kementerian Pelancongan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan empat kakitangan Kementerian Pelancongan berhubung siasatan terhadap seorang 'Datuk Seri' daripada kementerian itu yang dipercayai terlibat salah guna kuasa.

Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan di pejabat kementerian berkenaan sejak Selasa lepas untuk mengumpul bukti.

SPRM juga telah mengambil keterangan daripada seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan berkaitan siasatan kes berkenaan. 

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," kata sumber itu.

Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung dakwaan salah guna kuasa 'Datuk Seri' berkenaan daripada orang awam. - Bernama

SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain