suria

Pilihanraya Kampus UM Saksikan Saingan Enam Penjuru

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus Universiti Malaya yang berlangsung sejak awal pagi Khamis menyaksikan sebanyak 40 kerusi dipertandingkan, membabitkan 32 kerusi fakulti dan lapan kerusi umum.

Keseluruhannya, seramai 71 calon bertanding iaitu 54 calon bagi fakulti, manakala 17 calon bagi umum.

Seramai 12,000 pelajar berdaftar UM yang layak menjalankan tanggungjawab memilih wakil pemimpin pelajar di universiti tertua di Malaysia ini.

Sesi pemilihan 2016/2017 ini menyaksikan persaingan antara enam kumpulan berbanding hanya dua pihak sebelum ini.

Enam kumpulan terbabit ialah Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Pelajar Islam UM, Persatuan Untuk Belia Baru UM, Neo-siswa dan Gerakan Bebas.

Kecuali Gerakan Bebas, empat kumpulan lain dikatakan membentuk satu pakatan menentang kumpulan Penggerak Mahasiswa.

Bagaimanapun sebelum ini Jawatankuasa Pemilihan UM telah mengumumkan sebanyak enam kerusi menang tanpa bertanding.

Fakulti yang menang tanpa bertanding adalah Alam Bina,  Kejuruteraan, Undang-Undang, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Pergigian dan Pusat Sukan.

Proses pengundian yang berlangsung di Dewan Tunku Cancelor bermula pukul 9 pagi Khamis akan berakhir tepat pukul 7 malam nanti dan keputusan dijangka diketahui menjelang pukul 8 malam.

Sementara itu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berlangsung proses pemilihan pelajar bagi tempoh dua tahun berakhir 2017.

Sebanyak empat kerusi dipertandingkan dalam pemilihan yang bermula pukul 8.30 pagi tadi membabitkan 7 pusat pengundian.

Keputusan pengundian bakal diumumkan sekitar 8.00 malam ini, dan juga boleh didapati menerusi laman web pemilihan UM iaitu http://pmpp.um.edu.my.


Universiti Malaya, fakulti

Artikel Sebelum

Pelajar Hilang Ditemukan Selamat

Artikel Lain