suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Baharu Cukai Lapangan Terbang Dijangka 1 Jan - Liow

Liow Tiong Lai.

KAJANG: Kadar baharu bagi cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang di semua lapangan terbang dijangka dilaksanakan pada 1 Januari depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, butiran mengenai cukai itu masih dalam perbincangan.

"Kita telah membuat keputusan tertentu tetapi semuanya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

"Butiran berkenaan nanti akan diumumkan Mavcom," kata Tiong Lai selepas merasmikan SJK (C) Bandar Sungai Long pada Khamis.

Beliau berkata, Mavcom telah mengemukakan pandangan mereka kepada kementerian dan perkara tersebut dibincangkan dalam Kabinet pada Rabu.

Tambah Tiong Lai, pengumuman penuh akan dibuat oleh Mavcom.

Liow Tiong Lai, Mavcom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM Tahan Lima Anggota JPJ

Artikel Lain