Potong Kemaluan Suami: Wanita Lepas Tanpa Bebas - Semasa | mStar

Potong Kemaluan Suami: Wanita Lepas Tanpa Bebas

- Gambar hiasan
KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin melepaskan tanpa membebaskan seorang wanita yang dituduh memotong kemaluan suaminya dalam satu kejadian pada Januari lalu.

Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, dilepaskan setelah pihak pendakwaan gagal membawa pengadu, Umar Rahman, 44, yang juga suami wanita itu, seorang warga Pakistan, untuk memberi keterangan di mahkamah.

Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan tersebut selepas tiada pengesahan daripada pihak pendakwaan mengenai bila lelaki tersebut, akan kembali ke negara ini.

Umar dikatakan kini berada di Pakistan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abd Majid meminta supaya perbicaraan kes diteruskan dengan menyoal saksi-saksi lain yang hadir termasuk dua orang doktor perubatan.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, J. Gunamalar membantah dengan alasan ketidakhadiran pengadu iaitu saksi tunggal kes akan menyebabkan pendakwaan terhadap tertuduh menjadi tidak berasas.

Beliau kemudian memohon mahkamah agar tertuduh dilepaskan di bawah seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap suaminya dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian, pada pukul 1.20 pagi, 20 Januari lalu di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, dekat sini.

Fatimah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain