suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Terbalik Selepas Langgar Tong Gas Di Lebuhraya Elite

PETALING JAYA: Tayar sebuah lori membawa tong gas yang longgar telah menyebabkan muatan di dalamnya jatuh berselerakan di jalan raya dan menjejaskan lalu lintas di KM23.9 Lebuhraya Elite arah selatan di sini Isnin.

Sebuah van keselamatan yang sedang dalam perjalanan di laluan utara terbalik selepas melanggar salah sebuah silinder gas yang jatuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, menyebabkan gangguan lalu lintas sehingga 5km di kedua-dua arah lebuh raya.

Zailan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain