suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah Keluar Parti

Baharom Abdul Ghani.

JOHOR BARU: Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keputusannya keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada mesyuarat Umno Bahagian Gelang Patah di sini, Sabtu.

Baharom berkata, beliau keluar dari Umno kerana kurang yakin terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik memberi jaminan bahawa Umno tidak akan terjejas dengan tindakan Baharom keluar parti.

"Kita berterima kasih kepada beliau di atas sokongan dan kepimpinan dalam parti selama ini," katanya kepada pemberita.

Tambah Mohammad Khairi, Umno bahagian akan terus menumpukan perjuangan dan pendirian parti.

Baharom bersama Umno Bahagian Gelang Patah sejak ia ditubuhkan pada 1994 dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kupang antara 1995 dan 2004.

Baharom Abdul Ghani

Artikel Lain