suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Sungai Klang

Polis membuat persiapan bagi membawa mayat untuk dibedah siasat.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan dalam keadaan terlungkup di dalam Sungai Klang di Taman Angkasa Batu 6 1/2 Jalan Puchong, di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, mayat tanpa pengenalan diri itu dijumpai orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 7 pagi.

Katanya, polis berjaya membawa naik mayat mangsa yang memakai baju-T Adidas dan seluar jeans biru serta bertali pinggang hitam tidak berjenama pukul 8.30 pagi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat. 

"Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat telah berada di dalam air selama dua hari berdasarkan keadaannya yang sudah membengkak dan mereput serta berbau selain mulut dan hidung mangsa didapati berdarah," katanya di sini, Sabtu.

Siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), bagaimanapun mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, empat anggota dari Balai Bomba Bukit Jalil digerakkan ke lokasi bagi membantu polis mengangkat mayat. 

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.49 pagi dan mengambil masa hampir sejam sebelum membawa keluar mayat mangsa dari sungai terbabit dan menyerahkannya kepada polis. - Bernama

Artikel Lain