suria

PM Puji Hubungan Baik AS-Asean Sepanjang Pemerintahan Obama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji hubungan baik Amerika Syarikat dengan negara-negara Asean yang semakin kukuh sepanjang kepimpinan Presiden Barack Obama. 

"Sepanjang perkhidmatan beliau, hubungan Amerika Syarikat dan Asean, terutamanya Malaysia, telah semakin kukuh dalam pelbagai aspek seperti perdagangan, keselamatan dan banyak lagi," kata Najib dalam catatan terbaharudi laman Facebook beliau pada Jumaat.  

Najib yakin hubungan baik itu, yang membawa manfaat bersama kepada komuniti Asean dan Amerika Syarikat, akan diteruskan oleh pemimpin negara itu yang seterusnya.

Menurutnya Sidang Kemuncak Asean, yang kini berlangsung di Laos, merupakan sidang kemuncak Asean terakhir dihadiri Presiden Obama.

Najib turut memuat naik gambar Obama bersama beliau dan beberapa pemimpin negara Asean lain pada persidangan itu. -Bernama

Najib Tun Razak, Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain