suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RoS Lulus Permohonan Parti Muhyiddin, Dikenali PPBM

Muhyididn selepas mengemukakan permohonan parti baharu di RoS di Putrajaya, bulan lalu. Foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.  

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lampu hijau diberikan kepada parti itu pada Khamis.

"Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan akronim Bersatu, tetapi dikenali sebagai PPBM," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu disebabkan terdapat enam lagi parti politik dan organisasi mempunyai perkataan "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.

Bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 5 Ogos lalu.

Muhyiddin merupakan presiden parti itu manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PPBM.


Artikel Lain