suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prosedur Keselamatan Di KLIA Dikaji Semula

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengkaji semula prosedur keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan insiden serangan ke atas Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Sahib Ansar.

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata polis akan menentukan sama ada terdapat keperluan menambah  anggota pasukan keselamatan di sana atau membuat perubahan mengenai prosedur tugas keselamatan.

"Sebarang perubahan prosedur keselamatan di KLIA akan ditentukan melalui penilaian Ketua Polis Selangor dan saya percaya beliau sedang mengkaji perkara ini dan kami (Jabatan Pengurusan) terbuka menerima cadangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pegawai Awam PDRM ke-10 di Maktab PDRM di sini, Khamis.

Ahad lepas, Ibrahim Sahib Ansar yang menghantar Menteri Industri Utama Sri Lanka, Daya Gamage di KLIA diserang sekumpulan lelaki mengakibatkan mangsa lebam di muka dan badan.

Beliau kemudian dihantar ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain