Perkhidmatan tambahan ini bagi menampung jangkaan warga kota pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha pada Isnin, sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept serta cuti sekolah bermula Sabtu ini hingga 18 Sept ini.
KTMB dalam kenyataan pada Khamis berkata empat perkhidmatan ETS sedia ada yang kini hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan beroperaasi setaip hari mulai esok hingga 18 September ini.
Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dan 44 perkhidmatan akan beroperasi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, menurut kenyataan itu.
"Tiket perjalanan boleh dibeli mulai hari ini dan KTMB menggalakan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan tren bagi mengelak kesesakan lalu lintas di samping menjimatkan masa dan belanja," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tambahan KTMB dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang www.ktmb.com.my.


