suria

Tangkap MO1: Sembilan Dipanggil Untuk Soal Siasat

KUALA LUMPUR: Sembilan orang telah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis berhubung perhimpunan Tangkap MO1 baru-baru ini.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof yang tiba di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar jam 11 pagi Khamis untuk memberi keterangan.

Anis Syafiqah berkata beliau disoal tentang ucapan yang diberikan semasa perhimpunan tersebut.

Nik Nazmi berkata mereka dimaklumkan bahawa tiga pertuduhan terhadap akan dikenakan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Hasutan.


"Kami kesal dengan tuduhan-tuduhan ini kerana demonstrasi dilakukan secara aman," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain