suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Bayi Ditemukan Di Tempat Wuduk Masjid

- Gambar hiasan
KUANTAN: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung Baru, Bentong dekat sini awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP S.Somu berkata mayat itu disedari oleh bilal masjid yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Subuh.

"Mayat bayi tersebut yang berbalut dengan kain dijumpai di tempat mengambil wuduk. Ia dipercayai ditinggalkan antara pukul 10.30 malam pada 31 Ogos hingga 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita.

Mayat itu telah dihantar ke Hospital Bentong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mayat itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, ASP Ashari Abu Samah di talian 09-2222222.

Artikel Sebelum

Najib Adalah 'MO1' - Rahman Dahlan

Artikel Berikut

Artikel Lain