suria

Pelajar Mangsa Buli Jalani Pembedahan Otak

ALOR SETAR: Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dalam otak selepas dia didakwa dipukul oleh tiga rakan sekolah di Sungai Petani, Ahad lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 10 dan 11 pagi di SMK Khir Johari di sini.

Pelajar berusia 14 tahun itu pulang ke rumah pada kira-kira pukul 2.30 petang dan terus tidur tanpa makan tengahari.

Dia kemudian memberitahu ibunya dia dipukul oleh tiga rakan sekolah dan kepalanya telah telah terhantuk di dinding.

Kemudian dia mengadu sakit di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada kira-kira pukul 4 petang oleh bapanya.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahyah di Alor Setar dan perlu menjalani pembedahan tengkorak untuk membuang darah beku di otak awal pagi Isnin.

Remaja itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Hospital Sultan Abdul Halim pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan laporan yang telah dibuat berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Buli, Mangsa Buli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain