Pelajar Alami Pendarahan Dalam Kepala Dipukul Senior - Semasa | mStar

Pelajar Alami Pendarahan Dalam Kepala Dipukul Senior

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Sungai Petani mengalami pendarahan dalam kepala selepas dipercayai dipukul tiga pelajar senior.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi Ahad itu, Muhammad Anas Amir, 14, dipercayai dipukul dan dihentak pada dinding selepas menarik tangan seorang rakan sekelas untuk masuk ke dalam bilik darjah.

Bapa mangsa, Amir Ahmad, 47, berkata abang pelajar terbabit berusia 15 tahun yang ternampak tindakan Muhammad Anas itu kemudian bertindak melulu memukul anaknya bersama dua lagi rakan.

"Anak saya memberitahu dia menarik rakannya masuk ke dalam kelas selepas diminta guru dan mungkin berlaku salah faham yang menyebabkan abang pelajar terbabit memukul Muhammad Anas," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Isnin.

Katanya anak ketiganya daripada lima beradik itu hanya memberitahu isterinya, Suriyati Che Said, 47, mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3 petang Ahad selepas mengadu sakit kepala.

Amir berkata anaknya mengalami muntah-muntah ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil imbasan mendapati terdapat darah beku di bahagian kanan kepala dan anak saya dirujuk ke HSB kira-kira pukul 2 pagi tadi sebelum pembedahan membuang darah beku dibuat pada pukul 4.30 pagi tadi," katanya.

Amir berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam Ahad.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata pihaknya telah menahan empat pelajar lelaki yang terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - BERNAMA

pendarahan kepala , kes pukul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain