suria

Warga Emas Didakwa Membunuh Tidak Puas Hati Kualiti Durian

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang penjual buah selepas tidak puas hati berhubung kualiti buah durian yang dijual kepadanya.

Ooi Chang Ang, 60, yang berkerja sendiri dan memakai kemeja putih, mengangguk ketika pertuduhan dalam bahasa Hokkien dibacakan kepadanya. Tiada pengakuan direkodkan.

Dia didakwa membunuh Ong Ting San, 61, di sebuah rumah di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, antara pukul 4.45 petang hingga 5.15 petang pada 18 Ogos lalu.

Pertuduhan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Majistret Jamaliah Abd Manap membenarkan rayuan dan menetapkan 25 November ini untuk sebutan kes.

Dilaporkan bahawa Ting San ditikam beberapa kali berhampiran gerainya di Taman Sri Kijang selepas melarikan diri daripada suspek.

Dia meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya kira-kira enam jam selepas serangan itu.

Suspek ditahan apabila laporan dibuat, kira-kira 20 jam selepas kejadian.

Artikel Lain