suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Tangki Rusia Ditahan Berlabuh Tanpa Kebenaran

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki minyak Rusia bersama-sama 25 anak kapal kerana berlabuh di perairan Tanjung Piai tanpa kebenaran.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, unit rondaan menerima maklumat bahawa kapal MT Zolotoj Most telah berlabuh di kira-kira 3.5 batu nautika tenggara perairan Tanjung Piau di sini kira-kira pukul 9 pagi Khamis.

"Semasa pemeriksaan, anak kapal gagal menunjukkan dokumen daripada Jabatan Laut untuk menunjukkan bahawa mereka dibenarkan untuk berlabuh tunggu.

"Kapal itu juga didapati melakukan kesalahan berlabuh di kawasan larangan bersauh di had pelabuhan Tanjung Pelepas," katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar berkata kapal itu juga gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sebaik tiba di perairan Malaysia.

APMM, Tanjung Piai, MT Zolotoj Most

Artikel Lain