suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Akibat Tunggang Motosikal Lawan Arus Trafik

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal yang melawan arus aliran trafik maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah van di Km 0.3, Lebuhraya Duke di sini awal pagi Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi ketika Shammudin Jamaludin, 44, menunggang melawan arus sebelum bertembung dengan van yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata, akibat pertembungan itu, penunggang tersebut tercampak ke cermin van dan maut serta merta akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu van tersebut hanya cedera ringan di kaki. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama

Artikel Lain