suria

Warga Indonesia Tahanan Abu Sayyaf Berjaya Larikan Diri

BANDAR ZAMBOANGA: Seorang lelaki warga Indonesia berjaya melarikan diri ketika dalam tahanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Luuk, Sulu pada Rabu.

Jurucakap Pentadbir Mindanao Barat, Datuk Bandar Filemon Tan Jr. berkata, seorang anak kapal bot tunda Charles, Mohammad Sofyan yang diculik 23 Jun lepas, berjaya melarikan diri dari kumpulan penculik berkenaan.

Sofyan yang kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung di pantai Barangay, Bual dekat Luuk telah dibawa ke balai polis di bandar itu.

Tan berkata, Sofyan, 28, berjaya melarikan diri dari menjadi tawanan penculik menerusi kawasan paya bakau berdekatan.

Sementara itu, seorang doktor di Hospital Bersepadu Wilayah Sulu, Raden Ikbala berkata, Sofyan kini berada dalam keadaan sihat.

Ikbala berkata, Sofyan memberitahunya terdapat dua lagi daripada mereka yang menjadi tawanan kumpulan itu termasuk seorang lagi warga Indonesia yang berjaya melarikan diri pada pukul 1 pagi, semasa pengawal kumpulan itu sedang tidur.

Tan bagaimanapun memberitahu mereka masih mencari anak kapal lain yang berjaya melarikan diri.

Sementara itu,  seorang lagi guru Filipina telah diculik di bandar Jolo pada Selasa.

Ikbala memberitahu penyiasat bahawa Sandra, yang merupakan seorang guru di Sekolah Madjunun Elementary, telah diculik semasa dalam perjalanan ke sekolah, pada Selasa.

Tambah Ikbala lagi, Sandra juga merupakan isteri kepada seorang tentera Laut.

Abu Sayyaf, culik, Sulu

Artikel Lain