suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Maut, Lemas Dalam Tong Air

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam tong air di bilik air rumah keluarganya di Seksyen 24 di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa, Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi.

"Sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 29 tahun tidur bersama mangsa dan lebih kurang jam 10 pagi apabila ibunya bangun (dari tidur) mendapati mangsa tiada di sisinya.

"Ibu mangsa terus ke bilik air kerana nampak pintu bilik air terbuka dan mendapati mangsa dalam keadaan tersembam di dalam tong tadahan air," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Beliau berkata, ibu Iman Harris kemudian membawa anaknya itu ke sebuah klinik kesihatan di Seksyen 19 di sini selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.

"Bagaimanapun pihak klinik membawa mangsa ke Hospital Shah Alam berikutan keadaan kanak-kanak tersebut yang tidak sedarkan diri, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Iman Harris mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-- Bernama


Seksyen 24, Shah Alam, Shafien Mamat

Artikel Lain