suria

Empat Pelajar Sekolah Ditahan Bantu Siasatan Rogol

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai Selasa bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.

Kejadian dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi Selasa, di rumah masing-masing.

"Kejadian terbabit terbongkar selepas ibu mangsa yang merupakan seorang kerani berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol," katanya menerusi kenyataan Rabu.

Abdul Wahib berkata ibu mangsa kemudian membawa anaknya yang berumur 13 tahun itu ke balai polis tiga hari lepas bagi membuat laporan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat pelajar itu sehingga Selasa depan. - BERNAMA

kes rogol, PDRM

Artikel Berikut

Artikel Lain