suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Terengganu Ucap Tahniah Atas Kejayaan Azizulhasni, Insentif Akan Diberi

Azizulhasni meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Veledrom Olimpik Rio. - fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio.

Ahmad Razif berkata kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain," katanya.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.

"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain