suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencarum KWSP Beragama Islam Digalak Terima Simpanan Shariah

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam perlu memanfaatkan sebaik-baiknya pilihan perniagaan yang berasaskan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata apabila wujud alternatif pengurusan dana secara Islam (konsep syariah) maka ia hendaklah diguna pakai dengan sebaiknya.

"Oleh itu ahli KWSP digalak untuk menukar simpanan mereka daripada simpanan konvensional kepada simpanan patuh syariah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Attributes of Moderation to Counter Radicalism pada Midas Talk 13/2016 di sini Selasa.

Mengulas mengenai program Simpanan Shariah yang pendaftarannya dibuka di seluruh negara pada Isnin, Asyraf Wajdi berkata ia merupakan antara inisiatif kerajaan untuk memastikan segala perjalanan dari segi pengurusan harta umat Islam sentiasa berada dalam keadaan yang menepati syarak.

Beliau berkata dengan adanya sistem patuh syariah itu, tiada alasan lagi bagi pencarum beragama Islam untuk terus berurus niaga dalam konsep konvensional.

Simpanan Shariah dibuka kepada pencarum KWSP tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan yang akan dilancar pada Januari 2017. - BERNAMA

Simpanan Shariah, KWSP, Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain