Op Cantas Khas 2: Enam Wanita Antara 39 Individu Ditahan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 individu termasuk enam wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Cantas Khas 2 di ibu kota yang dijalankan sejak Sabtu lepas sehingga Isnin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata dalam operasi itu, sebanyak 1,458 individu diperiksa dan mereka yang ditahan dikesan terbabit dalam kes jenayah.

Kes jenayah itu membabitkan curi, ugutan jenayah, mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata, samun berkawan bersenjata, selain tangkapan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pertubuhan 1966.

"Op Cantas ini akan berterusan bagi mengekang kejadian jenayah pada masa kini khususnya jenayah kekerasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Lokasi operasi Ops Cantas Khas 2 tertumpu di tempat-tempat hiburan, parkir-parkir haram, tempat-tempat berkumpul, pemeriksaan kenderaan dan sekatan jalan raya selain pemeriksaan bagi mengesan 'Orang Dikehendaki' yang masih bebas.

Operasi ini akan dijalankan berterusan dari semasa ke semasa, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lima Premis Minuman Keras Diserbu

Artikel Lain