suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thangeswary Dilantik Speaker DUN Perak

IPOH: S. Thangeswary mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu, menggantikan Datuk Seri S. K. Devamany.

Pelantikan itu menjadikan beliau sebagai speaker wanita pertama di negeri ini.

Bekas Naib Ketua Wanita MIC Kebangsaan dan bekas Ketua Wanita MIC Perak itu dipilih berdasarkan proses pengundian yang menyaksikan beliau meraih 30 undi berbanding wakil Pakatan Harapan iaitu Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendapat 24 undi.

Empat wakil berkecuali daripada mengundi.

Pencalonan Thangeswary ini telah dicadangkan oleh Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) dan disokong oleh Datuk Dr Mah Hang Soon (BN-Chenderiang).

Ketua Whip Pakatan Harapan Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Amanah-Changkat Jering) mencadangkan pencalonan Sivakumar bagi jawatan itu.

Beliau telah disokong oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja).

Jawatan Speaker DUN kosong berikutan pelantikan Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

S. Thangeswary

Artikel Lain