suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sidang DUN Terengganu Ditangguh Tanpa Sebarang Insiden

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) bersalaman dengan para penyokongnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir pada Isnin tanpa sebarang insiden seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak hadir berikutan sedang berada di Turki, dilihat memberi komitmen terhadap perkara-perkara yang dibahaskan.

Malah Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan akan mengemukakan usul tergempar tidak berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar itu hanya berada pada sesi awal sidang dan tidak kelihatan selepas sesi rehat iaitu kira-kira pukul 11 pagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua Adun dan menangguhkan sidang mesyuarat kedua penggal keempat Dewan Undangan Negeri Ke-13 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang ditemui pemberita kemudiannya mengucapkan syukur kerana tidak berlaku perkara yang tidak diingini malah beliau menyifatkan semuanya berjalan dengan lancar.

Artikel Berikut

Lelaki Maut Ditetak

Artikel Lain