Pencarum Bukan Islam Turut Berminat Simpanan Shariah KWSP - Semasa | mStar

Pencarum Bukan Islam Turut Berminat Simpanan Shariah KWSP

KUALA LUMPUR: Simpanan Shariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula dibuka pendaftaran hari ini (Isnin) turut menarik minat pencarum bukan Islam untuk menukar simpanan konvensional mereka kepada simpanan patuh syariah.

Seorang pencarum bukan Islam Christine Yeow, 49,berkata beliau sememangnya menantikan KWSP melaksanakan Simpanan Shariah ini kerana inginkan dana persaraan yang disimpannya bebas dari unsur pelaburan yang tidak mendatangkan kebaikan seperti perjudian, jual beli senjata dan sebagainya.

"Walaupun bukan beragama Islam tetapi saya sentiasa percaya bahawa konsep syariah sentiasa lebih baik dari konvensional. Wang yang disimpan akan dilaburkan dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan.

"Saya juga percaya sekiranya kita melabur untuk sesuatu yang membawa kebaikan,hasilnya juga akan baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menukar simpanan konvensionalnya kepada Simpanan Shariah di Bangunan KWSP,di sini.

Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta itu memuji usaha KWSP yang mengambil pelbagai inisiatif untuk menyampaikan maklumat berkenaan Simpanan Shariah termasuk melalui sesi taklimat kepada para pencarum.

Katanya sesi taklimat yang disediakan di pejabat KWSP itu sangat bermanfaat terutama golongan bukan Islam sepertinya supaya lebih memahami konsep Simpanan Shariah tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pencarum Abdul Hamid Sheikh Daud, 47,berkata beliau yang baru memeluk Islam dan ingin mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya termasuk dalam hal perbankan.

"Saya sekarang beragama Islam sebab itu saya tukar (dari simpanan konvensional kepada simpanan shariah).Semua hal berkaitan kewangan termasuk akaun bank telah saya tukar kepada patuh syariah. Malahan saya yakin Simpanan Shariah bebas daripada unsur-unsur syubhah," kata Abdul Hamid yang bekerja sebagai juruwang.

Sementara itu Sayiwati Kermah, 38, berkata beliau mengetahui KWSP sememangnya mematuhi dasar pelaburan dan garis panduan beretika yang tidak melabur dalam sektor perjudian, mengeluar dan mengedar senjata untuk peperangan dan sebagainya.

Namun selepas KWSP memperkenalkan Simpanan Shariah ini tiada lagi keraguan terhadap dana persaraan yang disimpannya dan beliau juga percaya dividen yang diterima juga bebas daripada unsur yang meragukan.

Dalam pada itu eksekutif di sebuah syarikat swasta itu memuji pihak KWSP yang memastikan perjalanan hari pertama pendaftaran Simpanan Shariah di semua 39 kaunter, di sini berjalan lancar.

Katanya urusannya menukar simpanan konvensional kepada Simpanan Shariah hanya mengambil masa kurang 20 minit.

Simpanan Shariah yang mula dibuka pendaftaran hari ini di seluruh cawangan KWSP kepada semua pencarum tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan akan dilancarkan pada Januari 2017. 

KWSP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain