DOJ: Peguam Negara Pertimbang Hantar Wakil Ke AS - Semasa | mStar

DOJ: Peguam Negara Pertimbang Hantar Wakil Ke AS

Mohamed Apandi Ali.

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang mempertimbangkan untuk menghantar wakil bertindak sebagai peguam pemerhati pada prosiding saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengenai sitaan aset-aset yang dikatakan dilesapkan dari IMDB.

"Saya sedang memikirkan idea bahawa mungkin saya atau pegawai saya akan ke sana semasa prosiding. Sekurang-kurangnya untuk menyatakan minat kita kerana kita dengar anda (AS) mahu memberikan wang kepada kita, kita mahu mendengarnya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri upacara mengangkat sumpah dua pesuruhjaya kehakiman.

Beliau juga berkata sebuah firma guaman Amerika Syarikat mungkin juga  dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk  menghadiri prosiding itu.

Apandi menjelaskan bahawa peguam pemerhati bermakna bahawa wakil akan menghadiri prosiding mendengar saman dan mendengar apa-apa yang terbit dalam prosiding di mahkamah dan mungkin, dengan kebenaran mahkamah, akan bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.

Beliau berkata IMDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan memandangkan ada tanda-tanda oleh Peguam Negara Amerika Syarikat bahawa mereka akan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada Malaysia.

Apandi berkata beliau akan berhubung dengan peguam-peguam Amerika Syarikat untuk membantunya mengenai prosedur berhubung dengan kemungkinan wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding mendengar saman sivil kerana sistem kehakiman Amerika Syarikat berbeza sama sekali dengan sistem di Malaysia.

"Saya masih mengkaji idea itu. Tetapi belum dinasihatkan oleh para peguam Amerika Syarikat, kata beliau.

Kepada soalan sama ada tindakan akan diambil ke atas Low Taek Jho yang dinamakan dalam saman sivil itu, Apandi berkata siasatan belum selesai.

Apandi bagaimanapun berkata apabila kertas siasatan siap, beliau akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan pendakwaan atau tidak.

Jika ada bukti, saya akan mendakwa, tiada siapa akan terlepas, kata beliau.

Pada 21 Julai, tahun ini, DOJ memfailkan saman sivil untuk menyita aset-aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB, dana pelaburan kerajaan.

Terdahulu, bekas timbalan peguamcara negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah dan seorang peguam Azmi Abdullah mengangkat sumpah sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya.

Tun Abd Majid, 55, dari Mentakab, Pahang dan Azmi, 49, dari Kota Bahru, Kelantan menerima surat pelantikan daripada Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. - BERNAMA

Mohamed Apandi Ali , 1MDB , DOJ

Artikel Sebelum

Tony Pua Beri Keterangan Kepada SKMM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?