suria

Taufan Nida: AirAsia Batal Penerbangan Ke Dan Dari Selatan China

KUALA LUMPUR: AirAsia membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Johor Baharu ke dan dari selatan China, yang dijadualkan pada Isnin dan Selasa ekoran taufan Nida.

Syarikat penerbangan itu dalam laman sosial Facebook menasihatkan penumpang agar mengemas kini butiran terperinci hubungan mereka di www.airasia.com bagi memastikan mereka dimaklumkan sebarang perubahan penerbangan menerusi emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"AirAsia memantau dengan rapat potensi kesan daripada ribut ini dan akan terus memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang tepat pada masa bagi sebarang perubahan disebabkan oleh taufan Nida ini.

"Kami ingin menasihatkan semua penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari selatan China untuk menyemak status penerbangan mereka di laman web kami," kata syarikat itu. - BERNAMA

AirAsia, Taufan Nida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain