suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri, Anak Perempuan Maut Kemalangan Dekat Yong Peng

JOHOR BARU: Tiga sekeluarga maut setelah kenderaan mereka terbabas dan mangsa tercampak keluar dari kereta, dalam kemalangan di KM104.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh dekat Batu Pahat, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 6.10 petang itu adalah pasangan suami isteri - S. Siva, 34, dan M. Gayetri, 32, serta anak perempuan mereka, S. Viishnu Priiya, dua tahun.

Beliau berkata dua lagi anak lelaki mangsa iaitu S. Tushan, 5, dan S.Tiiraan, 4, yang turut berada dalam kereta Nissan Sentra itu cedera parah dan dihantar keHospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan.

"Kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menghala ke Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi Isnin.

Abdul Wahib berkata kereta itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan melanggar kepala penghadang jalan, menyebabkannya berpusing-pusing sebelum masuk ke dalam longkang.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan suami isteri dan anak perempuan mereka tercampak keluar dan maut di tempat kejadian. - BERNAMA
kemalangan maut, Yong Peng

Artikel Sebelum

Artikel Lain