suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chow Jadi Pilihan Ambil Alih Jawatan Ketua Menteri - Lim

Chow Kon Yeow

SEBERANG PERAI: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menjadi pilihan paling wajar Lim Guan Eng untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri jika apa-apa berlaku ke atasnya.  

Lim bagaimanapun berkata, semuanya terserah kepada parti untuk membuat keputusan sama ada Chow adalah orang yang akan menggantikan beliau.

"Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Chow pasti menjadi pilihan semula jadi saya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Majlis Perbandaran Seberang Prai di sini hapada Sabtu.

Chow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lingtas dan Tebatan banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Lim sebagai Ketua Menteri jika Lim didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Chow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutuskan apa-apa mengenainya.

"Kita perlu memberi respon kerana ia mendapat perhatian media, jadi sayarasa ini adalah respon yang kita boleh berikan," katanya.. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain