suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barang Kemas Lebih RM800,000 Lesap Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Barang kemas bernilai lebih RM800,000 dilarikan dari sebuah kedai emas di Jalan Pengkalan di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kejadian itu disedari seorang pekerja wanita di premis tersebut sewaktu dia datang untuk bekerja kira-kira 10 pagi.

"Pekerja berkenaan mendapati bumbung siling pada bahagian tengah kedai dan bahagian pejabat telah berlubang. Dia juga mendapati dinding di tepi peti besi telah dipotong dan barangan kemas pelbagai jenis telah hilang," katanya.

Beliau berkata peralatan kamera litar tertutup (CCTV) juga didapati telah dirosakkan.

Kejadian dipercayai dilakukan sekurang-kurangnya tiga individu, katanya.-Bernama

Barang Kemas Lesap

Artikel Berikut

Artikel Lain