suria

Malaysia Kutuk Serangan Menyayat Hati Di Kabul

KUALA LUMPUR:Malaysia mengutuk serangan di Kabul,  Afghanistan pada Sabtu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah".

Najib berkata doa dan ingatan kami mengiringi rakyat Afghanistan tatkala mereka mengadakan hari berkabung kebangsaan.

"Sedih dengan serangan di Kabul. Tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah. Ingatan dan doa kami mengiringi rakyat Afghan yang mengadakan hari berkabung kebangsaan pada pagi ini," katanya dalam catatan di akaun twitter beliau @NajibRazak, Ahad.

Media antarabangsa melaporkan dua letupan berlaku semasa komuniti etnik Hazara, Afghanistan sedang mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ibu negara Afghan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan mencederakan lebih 230 yang lain, dalam kejadian serangan bunuh diri yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS atau Daesh.

Juga dilaporkan bahawa dua pengebom bunuh diri telah meletupkan bahan letupan di tengah-tengah peserta tunjuk perasaan itu yang berarak bagi menuntut supaya talian bekalan kuasa dibina melalui kawasan perumahan mereka.-- Bernama

Kabul, Perdana Menteri, Daesh, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain