suria

Tunggu Pilihan Raya, Kata Shafie

KOTA BELUD: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengumumkan keluar Umno awal bulan ini menegaskan hanya pilihan raya umum dapat menentukan kekuatan parti itu di Sabah.

Bekas Naib Presiden Umno itu secara terbuka mengingatkan kepimpinan parti itu supaya tidak terlalu yakin dan bersikap angkuh apabila bercakap mengenai kedudukan Umno di negeri berkenaan.

"Saya tak mahu cakap besar, tapi tunggu pilihan raya.

"Lima penggal saya bertanding di Semporna, (Umno) tunggu pilihan raya la," katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya di sini, Ahad.

Majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran penyokong Shafie itu turut dihadiri Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini bahawa Umno Sabah akan bertambah kuat selepas mengharungi pelbagai cabaran, termasuk tindakan beberapa pemimpin cawangan dan bahagian di Semporna mengisytiharkan keluar parti itu.

Pada Jun, Majlis Tertinggi Umno telah mengambil keputusan menggantung keahlian Shafie kerana masalah disiplin.

Shafie, bagaimanapun mengumumkan keluar Umno pada 4 Julai lalu.


Mohd Shafie Apdal, Sabah, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain