suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Pihak Berkuasa Switzerland Rampas Lukisan Karya Vincent van Gogh, Monet

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Switzerland bertindak ke atas permintaan Amerika Syarikat (AS) dengan merampas tiga lukisan berharga yang dikaitkan dengan penyiasatan dana kontroversi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakap Pejabat Keadilan Persekutuan pada Khamis berkata, lukisan yang diarahkan dirampas adalah La maison de Vincent à Arles oleh Vincent van Gogh serta Saint-Georges Majeur dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes oleh Monet.

Beliau mengesahkan satu laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung.

"Operasi masih belum berakhir jadi pada masa ini kami tidak akan memberikan komen mengenai lokasi lukisan," katanya.

Kerajaan AS pada Rabu memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita AS$1 bilion (RM4.02 bilion) aset yang dibeli dengan wang yang dipercayai dicuri daripada 1MDB.
1MDB, saman sivil, lukisan berharga

Artikel Lain