suria

Kek Lapis Didakwa 'Bom', Tiga Penerbangan Dijadual Semula

- Gambar hiasan
KUCHING: Gurauan seorang lelaki terdapat 'bom' di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Khamis mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula.

Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki tersebut mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan ke Kota Bahru, Kelantan kira-kira 10.30 pagi.

"Ketika mendaftar masuk, lelaki tersebut secara bergurau berkata kepada kakitangan kaunter ada 'bom' di dalam kotak yang dibawanya. Biarpun dia bergurau, satu laporan polis dibuat seterusnya dia telah ditahan," katanya kepada Bernama.

Sumber itu memaklumkan siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi 'bom' itu sebenarnya berisi kek lapis Sarawak.

Dua daripada tiga penerbangan yang dijadual semula itu melibatkan laluan ke Kuala Lumpur manakala satu lagi ke Kota Bahru.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, dan memaklumkan lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut.


"Maklumat lanjut akan diberi dalam sidang media akan diadakan 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching," katanya.

kek lapis Sarawak, bom, jadual semula

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain