Pelajar Malaysia Cedera Di Nice Lepasi Tahap Kritikal - Semasa | mStar

Pelajar Malaysia Cedera Di Nice Lepasi Tahap Kritikal

Esmond Chuah

SINGAPURA: Pelajar Singapore University of Technology  and Design (SUTD) dari Malaysia yang cedera dalam serangan di Nice baru-baru ini dilapor tidak menujukkan tanda-tanda pendarahan dalaman atau kerosakan neurologi serta melepasi tahap kritikal.

Memetik SUTD, portal berita Channel NewsAsia melaporkan pada para doktor sedang mengkaji hasil ujian perubatan Esmond Chuah, pelajar tahun tiga universiti itu.

Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.

Laporan tersebut menyebut beliau akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital membenarkannya untuk melakukan perjalanan.

Seramai 12 pelajar SUTD berada di bandar raya percutian Perancis itu bagi menyertai program musim panas.

SUTD telah menghantar pegawai kanan ke Nice bagi membantu Chuah dan 11 pelajar lain pada Selasa, sebagai tambahan kepada pasukan kecemasan insurans, katanya.

Pada 15 Julai, bapa Chuah, Chuah Tze Leng memuat naik dalam laman Facebooknya bahawa anaknya dapat menghubungi pada petang berkenaan.

"Dia ok tetapi berada di hospital akibat retak pada belakangnya. Dia dilanggar oleh tepi trak berwarna putih yang membawa senjata api dan bom tangan serta bernasib baik (bom) tidak meletup.

"CT skan hospital turut menunjukkan trauma pada paru-paru dan perutnya," kata Tze Leng.

Lebih daripada 80 orang dilapor terbunuh serta beberapa lagi cedera apabila sebuah trak merempuh kumpulan orang ramai semasa perayaan Hari Bastille di Nice, selatan Perancis pada 14 Julai.

Esmond Chuah

Artikel Sebelum

Jom Sertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain